Persidangan Dewan Rakyat Dilanjutkan Sehingga 15 Julai - Berita Semasa | mStar

Persidangan Dewan Rakyat Dilanjutkan Sehingga 15 Julai

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen Ke-12 yang sepatutnya berakhir pada 13 Julai ini dilanjutkan selama dua hari sehingga 15 Julai kerana masih ada urusan yang belum diselesaikan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata langkah itu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan menerusi laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal ketiga itu dijadual berlangsung bermula 7 Jun hingga 13 Julai. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan