NMPH: Pos Malaysia Jimat RM8 Juta Setahun

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd boleh berjimat sebanyak RM8 juta setahun dengan beralih kepada sistem automasi canggih Hab Pemprosesan dan Bungkusan Nasional (NMPH).

Hab NMPH, berpangkalan di Shah Alam, dijadual beroperasi pada bulan Oktober, dan akan memproseskan sehingga 4.6 juta mel setiap hari walaupun pada masa ini ia telahpun berpurata 3.6 juta atau satu bilion setahun, kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Katanya, sistem pemprosesan mel 24 jam NMPH akan diselaraskan untuk mengukuhkan empat Pusat Pemprosesan Mel (MPC) berpusat serantaunya di Kuala Lumpur, Bukit Raja, Bandar Baru Bangi dan Seremban, yang mengendalikan 80 peratus daripada jumlah mel Malaysia.

Projek NMPH yang menelan kos RM256 juta itu mempunyai 30 peratus lagi ruang kosong bagi mengisi pertumbuhan perniagaan seperti mel hibrid dan terus.

"Hab NMPH itu akan mengurangkan tempoh pemprosesan, memperbaiki kecekapan operasi serta mengurangkan kesilapan mengasingkan surat," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar menerusi kenyataan itu.

Walaupun NMPH akan diuruskan oleh 900 tenaga kerja, beliau berkata tenaga buruh masih terdiri daripada 61 peratus jumlah kos.

NMPH akan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 300 pekerja yang kemudiannya akan dimanfaatkan semula di operasi dan tugasan yang lain.

"Disebabkan ini, jumlah kos kakitangan tidak meningkat walaupun dengan kenaikan upah dan pembayaran bonus setiap tahun, kata beliau.

Syed Faisal berkata Pos Malaysia akan menimbang untuk menambah sehinga lima kemudahan pemprosesan mel berpusat seluruh negara jka NMPH berjaya.

"Permulaan penting NMPH ialah mengukuhkan MPC di wilayah-wilayah utara dan selatan tetapi ini akan mengambil setahun lagi untuk mengakses daya majunya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan