Kementerian Puas Hati Penjelasan Suara Perkasa

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpuas hati dengan penjelasan editorial Suara Perkasa berhubung artikel kontroversinya bertajuk "Tahan Ka Siong di Bawah ISA" dan memberi jaminan tidak akan menggantung atau membatalkan permit penerbitan akhbar tabloid itu.

Sebaliknya Ketua Pengarang Suara Perkasa, Daud Ibrahim berkata, pihaknya hanya menerima teguran daripada pihak KDN pada pertemuan kali kedua di kementerian itu pagi semalam.

"Alhamdulillah Suara Perkasa boleh meneruskan penerbitan tanpa sebarang masalah, pihak KDN berpuas hati dengan penerangan yang kami berikan hari ini(semalam).

"Kami juga menerima teguran yang baik daripada mereka dan yang paling penting KDN memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menggantung atau batalkan permit Suara Perkasa," katanya kepada mStar Online di sini, pada Isnin.

Menurut Daud, pada pertemuan hampir dua jam itu dihadiri Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd. Samad.

Jumaat lalu KDN telahpun memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran berita muka depan akhbar itu yang dianggap menghasut namun tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.

Suara Perkasa, yang merupakan akhbar Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam edisi sulungnya pada 1 Julai lalu menyiarkan laporan yang meminta kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan kontrak sosial di negara ini.

Menurut Daud, KDN mempersoalkan pemilihan tajuk muka depan yang disifatkan mempunyai unsur provokasi.

"Tapi saya beri alasan bahawa tajuk begitu penting untuk pasaran sesebuah akhbar... saya nak jual surat khabar, mestilah pilih tajuk yang panas.

"Lagipun apa yang kami siarkan adalah berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden Perkasa (Datuk Abdul Rahman Abu Bakar) bukannya yang direka-reka," katanya.

Namun menurutnya pihak kementerian itu berpendapat tajuk dan kandungan artikel berkenaan tidak membantu kepada penyatuan rakyat Malaysia.

"Saya terima alasan itu dan ada logiknya, malah KDN juga memberi peringatan agar kami lebih berhati-hati pada masa hadapan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan