KDN Beri Amaran Keras Kepada Suara Perkasa - Berita Semasa | mStar

KDN Beri Amaran Keras Kepada Suara Perkasa

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepada Suara Perkasa, akhabar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" pada edsi sulungnya minggu lepas.

"Memandangkan Suara Perkasa keluaran bertarikh 1 hingga 15 Julai itu merupakan penerbitannya yang pertama dan ini juga adalah pelanggaran syarat yang pertama, maka kementerian memutuskan untuk memberi amaran keras," kata KDN dalam kenyataan di sini, malam Selasa.

Ketua Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat dan perbincangan berhubung penerbitan akhbar itu lewat petang.

Justeru, katanya, KDN juga meningkatkan tindakan pemantauan ke atas setiap keluaran akhbar tabloid bagi memastikan syarat permit dan garis panduan penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipatuhi.

Rentetan daripada artikel berkenaan, KDN telah memanggil Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan kementerian semalam, susulan daripada pertemuan dengan editor Amirudin Mohamad, Jumaat lalu.

Artikel itu merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, dua minggu lalu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan