JPA Tawar 12 Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini kini dibuka untuk calon akademik dan bukan akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 12 biasiswa akan ditawarkan kepada warganegara Malaysia, enam untuk peringkat Sarjana dan enam lagi untuk PhD bagi calon yang mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi serta undang-undang.

Keutamaan adalah bagi calon yang mempunyai kelebihan seperti penguasaan pelbagai bahasa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kreatif serta berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dalam negara atau universiti terkemuka dunia.

Syarat lain ialah calon mesti berumur di bawah 30 tahun, memiliki sarjana muda dan sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75, serta menguasai lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Calon yang berjaya disenarai pendek akan melalui proses temuduga, kata kenyataan itu.

Penerima biasiswa juga akan terikat untuk berkhidmat di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan penerima biasiswa yang mengikuti pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan menerusi laman web www.jpa.gov.my atau http://eslla.jpa.gov.my, dan borang harus dikembalikan sebelum 30 Julai ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan