Dokumen Perjalanan Kumpulan ke Indonesia Dihentikan Serta-Merta - Berita Semasa | mStar

Dokumen Perjalanan Kumpulan ke Indonesia Dihentikan Serta-Merta

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menghentikan serta- merta buat sementara waktu pengeluaran Dokumen Perjalanan Kumpulan (1M.101) untuk melawat Indonesia.

Oleh itu, orang ramai yang ingin melawat republik secara berkumpulan kini perlu menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Mohd Sharir Mohd Sani.

"Pelawat dinasihatkan menggunakan PMA ke Republik Indonesia bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Dokumen Perjalanan Kumpulan (1M.101) menggantikan pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (antara lima hingga 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina.

Tempoh sah laku dokumen ini adalah sembilan bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja dengan bayaran RM200 dikenakan bagi satu dokumen. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan