Cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB Adakan Piket Esok Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) untuk mengadakan piket esok bagi membantah penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS), akan tetap diteruskan.

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata, piket itu akan tetap diteruskan kerana mendakwa tiada tindakan diambil oleh Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan untuk berjumpa dengan pihaknya berbincang isu tersebut.

"Sebelum ini, saya ada menjemput beliau (Aminuddin) untuk berdebat secara terbuka mengenai hal (piket) tersebut, tetapi beliau (Aminuddin) tidak melayan jemputan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Justeru beliau berkata, selain membantah penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai anak syarikat untuk mengendalikan ETS, kesatuan juga mahu Aminuddin meletak jawatan sebagai presiden.

Kepada soalan mengapa kesatuan menolak langkah itu, beliau mendakwa langkah itu akan menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.

Katanya, kira-kira 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam di perkarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini, esok manakala satu lagi piket dirancang diadakan di 10 cawangan di seluruh negara pada 21 Julai.

Kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota.

Aminuddin sebelum ini memberitahu Bernama bahawa penubuhan ET dilihat antara pelan transformasi dalam memastikan KTMB lebih berdaya saing, mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, budaya kerja dan disiplin yang lebih cemerlang.

Katanya, penubuhan secara berasingan ET juga dapat menjamin pengukuhan anak syarikat tersebut daripada segi kewangan, dan memudahkan proses peminjaman serta pembinaan prasarana baharu, dan secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah baik pulih KTM.

Beliau yakin piket itu tidak akan menjejaskan perkhidmatan kereta api kerana tidak sampai 10 peratus kakitangan KTMB akan terlibat dalam piket itu dan menurutnya semua unit di bawah KTMB telah memberi komitmen mereka tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan perkhidmatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan