Anwar Didakwa Dalang Sembunyi Raja Petra

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas teman baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan hari ini mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu merupakan dalang yang menyembunyikan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di London.

“Saya pasti Anwarlah, mastermind yang merancang kehilangan RPK di London.

“Bayangkan mana dia (RPK) dapat duit yang banyak untuk duduk di sana. Saya tahu Datuk Zaid Ibrahim bantu RPK bagi pihak Anwar,” katanya ketika dihubungi mStar Online Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas, pertemuan Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan dengan pengendali laman blog Malaysia Today itu tahun lalu.

Zaid melalui laman blognya sebelum ini mengaku keakrabannya dengan RPK itu selain mengatakan sering menemuinya setiap kali beliau ke kota London, termasuk membawa penulis blog kontroversi itu menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kegemaran mereka, Manchester United di Old Trafford.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Nallakarupan berkata beliau sangat mengenali peribadi Anwar yang akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menggelakkan rakyat tahu sikap sebenarnya yang 'gila kuasa'.

“Saya kenal Anwar sudah lama, saya tahu cita-cita dia mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.

"Sebab itu dia minta Zaid menjenguk RPK di London untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak mengesyaki hubungan mereka.

“Anwar masih sayang kepada RPK kerana dia dibayar untuk menulis pelbagai cerita untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Sehubungan itu, bekas teman rapat menggesa pihak polis segera menahan Zaid bagi membantu siasatan berhubung pertemuannya dengan RPK.

“Saya tidak faham kenapa polis di sini tidak minta pertolongan Interpol untuk menangkap RPK kerana, mereka sudah tahu dia tinggal di London.

“Polis perlu tegas dalam isu ini, kerana RPK merupakan individu yang paling dikehendaki kerana dia berhadapan dengan kes fitnah di mahkamah,” katanya.

Nallakarupan berkata, pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu segera ditahan kerana perbuatannya memburuk-burukkan nama negara di London hanya menjejaskan imej dan nama baik Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan