Agihan Pendapatan Isi Rumah Semakin Saksama

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agihan pendapatan isi rumah dalam golongan 10 peratus teratas dan 10 peratus terendah adalah lebih saksama sejak tiga dekad lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany berkata, bahawa pada tahun 1979, agihan pendapatan isi rumah bagi 10 peratus terendah adalah pada paras 1.3 peratus manakala bagi isi rumah 10 peratus teratas adalah 39.3 peratus, dan penambahbaikan kesamarataan agihan pendapatan yang berterusan dapat dilihat pada tahun 2009 dengan agihan pendapatan isi rumah 10 peratus terendah meningkat kepada 2.0 peratus dan bagi isi rumah 10 peratus teratas menurun kepada 33.1 peratus.

"Kerajaan akan terus berusaha untuk merapatkan lagi jurang ekonomi di kalangan rakyat agar ketidakseimbangan sosioekonomi dapat terus diperbaiki," katanya menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai kadar kekayaan yang dimiliki oleh 10 peratus teratas dan 10 peratus terendah rakyat Malaysia dan strategi yang digunakan bagi menyamaratakan agihan kekayaan negara.

Devamany berkata, antara strategi yang digunakan oleh kerajaan adalah melalui program-program peningkatan pendapatan serta penyediaan kemudahan asas, bantuan pendidikan seperti bantuan tuisyen dan latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan keusahawanan menerusi penyediaan latihan dan akses kepada kredit mikro.

Beliau berkata, bagi program-program pembangunan bandar, ia merangkumi bantuan sewa rumah, pembangunan modal insan, pembangunan masyarakat setempat, kecemerlangan pendidikan, latihan dan kerjaya.

Program perumahan keluarga miskin, pusat sejahtera, pendidikan dan latihan serta bantuan ihsan penduduk miskin pula merupakan antara program-program pembangunan yang dilaksanakan di luar bandar, katanya.

Devamany berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati dan dikongsi secara saksama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik.

"Dasar-dasar pembangunan berdasarkan prinsip pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama yang dilaksanakan selama ini terbukti berupaya merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan