Tipu Insurans: Perniagaan Besar

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penipuan insurans di Malaysia yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.74 bilion pada tahun lepas, adalah jelas satu perniagaan yang besar dan lebih mengejutkan lagi apabila orang ramai tidak menyifatkannya sebagai satu masalah besar.

“Ini kadang kala, malangnya, meresap ke dalam sistem keadilan jenayah," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong hari ini.

Penyelidikan mengenai persepsi awam mengenai penipuan insurans memutuskan bahawa purata 30 peratus daripada responden awam mempercayai bahawa ia boleh diterima untuk mengukuhkan tuntutan insurans, katanya.

“(Sekaligus), nampaknya seperti kesediaan di kalangan rakyat yang menghormati undang-undang untuk terima satu paras rendah penipuan insurans,” katanya semasa merasmikan Persidangan Penipuan Insurans Antarabangsa di sini hari ini.

Bagaimanapun, bebanan untuk memerangai jenayah sedemikian tidak boleh dipikul oleh sektor awam semata-mata malah oleh sektor swasta juga, khususnya penyedia insurans itu sendiri, katanya.

Katanya Persatuan Pelaras Kerugian Malaysia (AMLA) dan Institut Insurans Malaysia (MII) kemungkinan perlu menerajui untuk mendidik masyarakat mengenai kesan menggalakkan penipuan insurans dan bagaimana ia boleh membantu memerangi isu itu.

Menurut Biro Jenayah Insurans Negara Amerika Syarikat, penipuan menaikkan kos setiap premium insurans pengguna sebanyak US$200 hingga US$300 setahun.

"Penipuan insurans menolak naik kos setiap perkara yang anda beli dan guna kerana setiap syarikat yang mengeluar barangan atau perkhidmatan, membayar insurans sebagai kos melakukan perniagaan.

"Penyedia insurans perlu juga terus menambah baik standard mengesan penipuan masing-masing dengan mengguna pakai dan amalan terbaik antarabangsa dan berkongsi data dan maklumat berkaitan dengan aktiviti penipuan di kalangan mereka," kata Lee.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MII Khadijah Abdullah mencadangkan mengenai keperluan untuk mempunyai badan statutori untuk mengawasi penipuan di dalam industri itu dan menghimpunkan data yang berkenaan.

"Kini, persatuan dan Bank Negara Malaysia, mempunyai pengawasan sendiri mengenai isu itu dan tiada satu badan tunggal yang dapat membantu menghimpunkan maklumat itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan