Tiada Kes Kerosakan Teknikal Serius Kenderaan Proton, Perodua

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kes kerosakan teknikal serius dilaporkan mengenai kenderaan keluaran Proton dan Perodua, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kedua-dua pengeluar telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memenuhi serta menepati piawaian keselamatan dan spesifikasi antarabangsa, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Sehingga kini, isu-isu teknikal yang dihadapi Proton tidak melibatkan ciri-ciri keselamatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Bagi Perodua pula, secara puratanya jumlah kes yang dilaporkan adalah kurang daripada 2.0 peratus daripada jumlah kenderaan yang dikeluarkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hee ingin tahu kes-kes kerosakan yang dialami oleh kenderaan keluaran Proton dan Perodua setelah berada di pasaran serta mengapa tiada tindakan segera atau pengumuman yang dibuat kepada pengguna.

Mustapa berkata, disebabkan tiada kes keselamatan serius yang direkodkan oleh Proton dan Perodua, maka tiada pengumuman rasmi yang menyeluruh dibuat seperti yang dilakukan oleh pengeluar kenderaan utama global, Toyota dan Honda.

"Bagaimana pun selama 25 tahun beroperasi, Proton telah empat kali mengeluarkan kenyataan akhbar dan memaklumkan kepada pengguna mengenai isu teknikal berkaitan keselamatan yang dikenal pasti.

"Ia termasuk kegagalan ampaian bagi model Perdana pada 2001, keretakan rim (Waja, 2004), kegagalan "jack assy" (Gen2 & Neo, 2007) serta kegagalan galas roda belakang (Savy, 2008) yang dimaklumkan melalui media cetak, elektronik, laman web, telefon, SMS dan surat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan