Shafie Lihat Sokongan Melayu Terhadap Umno Kian Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Sokongan orang Melayu terhadap UMNO dilihat semakin meningkat berbanding ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu, kata naib presidenya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya terdapat peningkatan 70 peratus pengundi Melayu menyokong Barisan Nasional (BN) di sesetengah tempat semasa pilihan raya kecil Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun, peningkatan sokongan orang Melayu masih belum mencukupi kerana UMNO masih memerlukan penglibatan parti komponen lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Rasah di sini semalam.

Menurutnya perubahan sikap orang Melayu itu disebabkan mereka mula sedar dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang iaitu tidak sama seperti apa yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.

Mereka sudah rasa bahang berada di bawah pentadbiran pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang di mana semua janji yang dibuat oleh pembangkang sebelum menjadi pemerintah masih gagal ditunaikan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan