Semua Kementerian Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Nilai Subsidi Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencadangkan semua kementerian memberi penerangan yang jelas kepada orang ramai berhubung nilai subsidi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kementerian terbabit kepada rakyat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan itu bagi menyedarkan rakyat bahawa kerajaan BN prihatin dan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk kesejahteraan rakyat.

"Jika rakyat tidak sedar tentang subsidi yang kerajaan sediakan akan jadilah seperti di Pulau Pinang di mana apabila kerajaan negeri hanya memberi RM100 setahun kepada warga emas, perkara itu disentiasa disebut-sebut oleh rakyat.

"Tetapi apa yang diberi oleh kerajaan pusat tidak disedari dan dihargai rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Balik Pulau di sini, semalam.

Katanya, jika dihitung, pemberian subsidi dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada setiap individu bernilai beribu-ribu ringgit setahun.

Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan