Sektor Awam, Swasta Yang Berprestasi Tinggi Diiktiraf - Najib

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh ekosistem sektor awam dan swasta yang menunjukkan nilai prestasi tinggi diberikan pengiktirafan dan ganjaran bagi membolehkan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata bagi mencapai hasrat tersebut, tenaga-tenaga muda yang berpotensi, berinovasi, kreatif dan memberikan sumbangan bagi membangunkan negara, diberikan pengiktirafan dan ganjaran tersebut.

"Maknanya, sistem ini mesti kita lihat. Keseluruhan ekosistem ini mesti diiktiraf potensi pencapaian tinggi sama ada dalam sektor awam mahu pun sektor swasta.

"Kalau kita iktiraf pencapaian potensi tinggi, kecemerlangan pencapaian, inovasi, kreativiti...kita iktiraf sumbangan yang luar biasa...those who are prepared to go the extra mile.

"Saya percaya kita akan bangunkan ekosistem yang boleh melonjakkan negara kita menjadi sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif bagi mengiktiraf mereka yang menunjukkan nilai prestasi tinggi.

Misalnya, beliau berkata kerajaan telah menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) kepada biasiswa untuk penuntut yang memperoleh ijazah kepujian kelas pertama serta memberikan biasiswa bagi 30 pelajar setiap tahun menerusi Biasiswa Nasional.

Selain itu, beliau berkata agensi kerajaan yang menunjukkan prestasi tinggi dan cemerlang diberikan hadiah RM1 juta semasa Hari Inovasi baru-baru ini.

"Insentif-insentif ini adalah bagi memupuk nilai prestasi tinggi," katanya.

Beliau berkata syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi dan terbukti menunjukkan prestasi tinggi juga perlu diberikan peluang supaya mereka turut berperanan membangunkan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan