Rumah Titian Kasih Memang Tiada Lesen - JKM

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penghuni Rumah Titian Kasih keluar dari rumah perlindungan selepas dirahkan mahkamah mengosongkan premis itu baru-baru ini.
Penghuni Rumah Titian Kasih keluar dari rumah perlindungan selepas dirahkan mahkamah mengosongkan premis itu baru-baru ini.

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menafikan dakwaan pengasas Rumah Titian Kasih (RTK), Sharifah Adlan bahawa rumah kebajikan miliknya itu mempunyai lesen.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Noormah Abd Rauf berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan pemilik tidak pernah memiliki lesen daripada JKM.

Tegas beliau, pihaknya tidak boleh mengeluarkan lesen di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 itu kerana Sharifah perlu mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi kerajaan sebelum pendaftaran lesen boleh dibuat di jabatan itu.

"Sebelum JKM boleh mengeluarkan lesen, beliau perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Kita sedia maklum bahawa beliau tidak mendapat kelulusan daripada DBKL untuk meneruskan operasi sekaligus lesen daripada JKM tidak dapat dikeluarkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Beliau megulas kenyataan Sharifah atau lebih dikenali sebagai Mak Pah sebelum ini yang mendakwa mendapat kelulusan daripada KKM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kecuali DBKL ekoran masalah mendapatkan pelan lantai kerana rumah yang didiami itu bukan milik RTK sebaliknya ia disewa daripada individu lain.

Dalam pada itu Noormah berkata, Anugerah Rumah Kebajikan Terbaik daripada Jabatan Agama Islam (JAWI) yang diterima Sharifah pada 2007 dan penderma mendapat pengecualian cukai untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak boleh dijadikan ukuran untuk mendakwa memiliki lesen.

"Malah anugerah itu bukan diberi oleh JKM, jadi itu tidak boleh dijadikan ukuran," ujarnya.

Dalam pada itu, Noormah berkata, walaupun niat dan usaha pemilik RTK adalah mulia untuk membantu golongan yang bernasib malang, aspek undang-undang tidak harus diketepikan kerana jika berlaku sebarang masalah pihak JKM tidak dapat membantu.

"Kita di JKM tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini, undang-undang yang ditetapkan harus dipatuhi," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengusaha supaya menjalankan tanggungjawab dengan mendaftarkan pusat jagaan mereka bagi menggelakkan sebarang masalah.

Malah katanya, pihak JKM sedia membantu dan membimbing pemilik RTK itu dalam usahanya mendapatkan lesen bagi meneruskan pusat jagaan tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib 70 penghuni RTK, beliau memberitahu, kesemua mereka akan ditempatkan di institusi berdaftar di bawah JKM mengikut kategori.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan