PKR Tidak Peduli, Tetap Terbit Suara Keadilan

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suara rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Suara Keadilan - akan diterbitkan seperti biasa Rabu ini walaupun permit penerbitannya masih belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengesahkan, PKR tidak berhasrat untuk menghentikan penerbitan walaupun permit mereka tidak diperbaharui.

Pada masa yang sama, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), yang juga Naib presiden PKR pagi ini telah mengemukakan permohonan kepada Dewan Rakyat menuntut supaya satu perbahasan diadakan bagi membincangkan isu tersebut atas dasar ia melanggar kebebasan akhbar.

Katanya, tindakan pihak kementerian tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan akses kepada maklumat dan juga pandangan alternatif.

Menurut Azmin, permohonan untuk memperbaharui permit itu telah dibuat pada 11 Mac tetapi Kementerian Dalam Negeri dalam suratnya bertarikh 2 Julai mengarahkan PKR supaya menghentikan penerbitan akhbar berkenaan.

Bercakap dalam sidang akhbar di obi Parlimen, Isnin, Azmin berkata, PKR menuntut pihak Kementerian Dalam Negeri supaya menghormati demokrasi dan hak pihak pembangkang untuk bersuara.

Jelas Azmin, pihak kementerian dalam surat yang bertarikh 2 Julai itu menegaskan bahawa mereka tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan laporan mengenai Felda.

“Kami merasakan alasan KDN untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan sebagai sesuatu yang pelik, tidak masuk akal dan berniat buruk.

"Malah adalah tidak logik untuk memikirkan akhbar parti ini hanya perlu melaporkan aktiviti parti tanpa sebarang rencana atau laporan berkaitan isu-isu semasa dan juga tentang apa yang berlaku dalam kerajaan,’’ katanya.

Azmin juga berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan berasa tergugat dengan laporan berita muka depan Suara Keadilan dengan tajuk Felda bankrap kerana jika laporan itu tidak benar, Felda sentiasa boleh menyaman mereka atau membawa kes itu ke mahkamah.

Malah katanya, Felda telahpun memulakan prosiding undang-undang ke atas Suara Keadilan.

Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri masih menimbang permohonan PKR untuk memperbaharui permit Suara Keadilan. Permit akhbar rasmi parti berkenaan telah tamat tempoh pada 30 Jun lalu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan