KPT Kaji Tawar PR Kepada Pelajar Luar Negara

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pelajar dari luar negara sebagai langkah menggalakkan pelajar berkenaan berkhidmat di negara ini sebaik menamatkan pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemberian PR itu bukan untuk semua pelajar, sebaliknya kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta yang ditaja kementerian.

"Mungkin kita akan tawarkan mereka berkhidmat sebagai pensyarah atau penyelidik tetapi penawaran bukan kepada semua pelajar sebaliknya pelajar yang benar-benar kreatif serta berkemahiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata di samping usaha untuk menarik minat rakyat tempatan kembali berkhidmat di negara ini, usaha menarik minat rakyat luar berkhidmat di Malaysia juga perlu.

"Kita tidak boleh menghalang rakyat tempatan berkhidmat di negara lain, sekarang kita kena bertindak secara adil dan jujur dengan berusaha mencari bakat dari negara luar pula," katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Antarabangsa kepada 125 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Di samping itu, beliau berkata langkah memberikan biasiswa kepada pelajar luar negara juga dapat menarik minat pelajar untuk kekal berkhidmat di negara ini terutamanya pelajar dari negara miskin dan membangun.

Setakat ini, seramai 363 pelajar dari beberapa buah negara antaranya China, Indonesia, Iran, India, Arab Saudi, Yemen dan Bangladesh telah menerima tajaan biasiswa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan