Karpal Tidak Layak Tuntut PAS Hormati DAP

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak layak menuntut supaya PAS menghormati pendiriannya yang menolak konsep negara Islam sebaliknya pemimpin veteran itu ditempelak kerana sengaja mencetuskan polemik berhubung isu berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, DAP juga perlu menghormati prinsip dan dasar yang diperjuangkan PAS berhubung isu negara Islam.

"Jangan hanya minta PAS menghormati DAP, tapi perlu saling hormat-menghormati.

"Bagi saya saranan itu perlu dilipat balik (dipulangkan) kepada Karpal kerana beliau yang terlebih dahulu mencetuskan polemik ini... ingin saya ingatkan supaya jangan mempersoalkan prinsip Islam yang diperjuangkan PAS," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Karpal yang meminta supaya PAS menghormati DAP yang menolak negara Islam.

Malah menurut Karpal, PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu Nasrudin turut menyangkal dakwaan Karpal yang menyifatkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

"Tafsiran beliau boleh diperdebatkan kerana dalam Perlembagaan negara kita tidak disebut Malaysia sebuah negara sekular.

"Sebaliknya dalam Perlembagaan menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi dan masyarakat di negara ini bebas mengamalkan cara hidup Islam," katanya.

Selain itu Nasrudin turut menggesa pemimpin DAP menasihati Karpal supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati masyarakat Islam dan penyokong PAS hingga mengancam hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Saya yakin kenyataan beliau selama ini adalah pandangan peribadinya kerana tak ada mana-mana pimpinan DAP yang tampil memberi pandangan yang senada dengannya.

"Tapi demi menjaga hubungan baik dalam Pakatan Rakyat, eloklah agar ada pihak yang menasihati Karpal kerana kita harus ingat beliau adalah Pengerusi DAP... kenyataannya boleh dilihat sebagai pandangan parti itu secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Karpal mempunyai hak untuk menolak konsep negara Islam yang dibawa oleh PAS.

"Itu hak beliau, kita tak boleh paksa... bagaimanapun ia terpulang kepada kita untuk membuktikan melalui perkataan dan perbuatan mengenai negara Islam," katanya yang dipetik melalui laman sembang Twitter.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan