FELCRA Rancang Maju 10,000 Hektar Kawasan Baru Di Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Felcra Berhad merancang membangunkan 10,000 hektar kawasan baharu di negeri Terengganu di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Eksekutif Kanan Perancangan Projek Felcra Berhad Wilayah Timur Che Mohd Zainun Abd Jalil berkata ia bertujuan menarik lebih ramai peserta dalam rancangan tanaman semula.

"Kawasan tersebut akan ditanam sama ada kelapa sawit atau pun getah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata Felcra juga akan mengadakan program perancangan tanaman semula pokok yang sudah tidak mempunyai nilai ekonomi dan hasil.

Che Mohd Zainun berkata program itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, yang membabitkan kawasan seluas 5,000 hektar.

Beliau berkata sehingga kini, Felcra telah memajukan seluas 24,000 hektar di seluruh Terengganu, termasuk 5,000 hektar yang akan ditanam semula.

Bilangan peserta yang terbabit dalam rancangan Felcra di Terengganu sehingga kini adalah seramai 5,500 orang, katanya.

Che Mohd Zainun berkata Felcra mengalu-ngalukan mana-mana pemilik tanah yang berminat untuk menyerahkan tanah untuk dimajukan oleh agensi itu.

Beliau berkata antara faedah yang akan dinikmati pemilik tanah jika bersetuju tanah mereka dimajukan oleh Felcra ialah menerima keuntungan bersih apabila ladang mengeluarkan hasil.

Jika bekerja di ladang, pemilik tanah akan dibayar upah bekerja dan jika keluarganya turut bekerja, maka keluarganya juga akan turut dibayar upah.

Che Mohd Zainun berkata pemilik tanah boleh menghantarkan maklumat kepada Felcra Berhad sebagai pelaksana tanah-tanah tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan