BN Bela Nasib Ibu Tunggal Menerusi Majlis Pembangunan Wanita

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri di bawah seliaan Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa golongan ibu tunggal di negeri ini supaya berdaftar dengan majlis itu bagi mendapat pembelaan nasib mereka.

Pengerusinya Datuk Jahara Abdul Hamid berkata golongan ibu tunggal yang berdaftar dengan majlis itu akan diberi pelbagai peluang pekerjaan dan latihan bagi meningkatkan pendapatan mereka.

"Pelbagai program diperkenalkan bagi membantu ibu tunggal termasuk latihan bagi meningkatkan kapasiti dan menambah pendapatan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata majlis itu mengendalikan aktiviti seperti latihan kemahiran, kursus keusahawanan dan teknologi maklumat serta program khidmat bimbingan kaunseling dan literasi undang-undang.

Zahara berkata setakat ini sebanyak 7,000 ibu tunggal yang telah mendaftar di bawah tiga kategori iaitu kategori emas yang melibatkan umur 60 tahun ke atas, kategori perak berumur 35 tahun hingga 60 dan kategori gangsa berumur 35 tahun ke bawah.

Katanya antara latihan secara berterusan anjuran majlis itu ialah industri pembuatan seperti kraftangan, barangan makanan, jahitan dan perkhidmatan hospitaliti.

Beliau berkata ibu tunggal yang masih belum mendaftar boleh berbuat demikian dengan menghubungi lima rumah Nur di setiap daerah di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan