ADUN PAS Titi Serong Nak Saman Keshwinder Singh

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshwinder Singh yang baru-baru ini mengisytiharkan keluar DAP, telah diberi notis 14 hari untuk memohon maaf dan membayar RM500,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Khalil berkata, beliau telahpun mengarahkan peguamnya untuk mengemukakan notis kepada Keshwinder kerana memfitnahnya melalui satu laporan akhbar baru-baru ini.

"Notis itu telahpun diserahkan kepada Keshwinder pada jam 5 petang Isnin," kata Khalil kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar. Terdahulu, Khalil telah membuat laporan polis di Parit Buntar berhubung dakwaan Keshwinder yang mengatakan Khalil telah memberinya pinjaman peribadi berjumlah RM3,500 secara sukarela untuk digunakan sebagai dana bagi kawasan dewan undangan negeri Malim Nawar.

Keshwinder mendakwa, Khalil secara sukarela telah menghulurkan bantuan tersebut tanpa beliau meminta berbuat demikian.

"Pada 2 Julai lalu dalam laporan sebuah portal berita, Keshwinder telah menafikan yang dia pernah meminta wang daripada saya. Tetapi dia lupa yang saya mempunyai bukti yang dia berbuat demikian.

"Saya masih menyimpan lapan SMS daripada Keshwinder yang ingin meminjam RM3,500 daripada saya jadi dia boleh menebus keretanya semula yang telah ditarik oleh pihak bank," kata Khalil.

Menurut Khalil, dia dan Keshwinder Singh telah ke cawangan Ambank dekat sini pada jam 1 tengah hari 19 Mei lalu.

"Saya bayar RM2,825 di kaunter berkenaan dan membenarkan Keshwinder menyimpan baki daripada keseluruhan wang berjumlah RM3,500 itu. Dan itulah sebenarnya apa yang berlaku," ujar Khalil.

Khalil, yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata, dakwaan Keshwinder telah merosakkan imejnya.

"Masyarakat di kawasan saya marah kenapa saya sanggup menghulurkan sumbangan kepada Keshwinder. Apa yang Keshwinder telah lakukan adalah satu pembelotan terhadap apa yang telah saya lakukan kepadanya," tegas Khalil lagi.

Kata Khalil, apa yang terdorongnya untuk menghulurkan pinjaman kerana dia dapati Keshwinder berada dalam kesusahan dan kesempitan wang selepas beliau keluar dari Pakatan.

"Ia adalah amat jelas sekali daripada panggilan telefon dan sms yang saya perolehi daripadanya," ujar Khalil. ends

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan