22 Bahagian Sokong Khalid, Azmin

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Semua 22 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Mohamed Azmin Ali.

Pemimpin peringkat bahagian termasuk daripada sayap pemuda dan wanita parti itu masing-masing menyatakan sokongan mereka terhadap Abdul Khalid dan Mohamed Azmin dalam perjumpaan anjuran PKR Selangor di sini semalam.

"Pemimpin bagi semua 22 cabang hadir, mereka 100 peratus menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar dan kepada saya sendiri sebagai Pengerusi MPN Selangor," kata Mohamed Azmin ketika ditemui media.

Dalam pada itu pembahagian kuasa yang berlaku menurut Mohamed Azmin adalah pendekatan terbaru PKR iaitu Abdul Khalid akan memberi tumpuan terhadap pembangunnan negeri dan beliau bertanggungjawab terhadap aktiviti politik.

"Kami sekarang akan lebih fokus dan kami juga percaya pendekatan ini akan lebih efektif untuk mendekati rakyat di Selangor," katanya.

Bagaiamanapun Abdul Khalid tidak hadir pada pertemuan berkenaan kerana beliau kini berada di luar negara.

Sementara itu Mohamed Azmin juga menafikan dakwaan bahawa beliau mengimpikan kedudukan Menteri Besar sebaliknya turut menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Abdul Khalid.

"Saya menyokong penuh Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, titik," katanya.

Sebelum ini timbulnya spekulasi yang mengatakan wujudnya pakatan terdiri daripada 15 Ahli Parlimen yang mahu menggulingkan kedudukan Abdul Khalid.

Malah dakwaan itu juga turut mengaitkan Mohamed Azmin sebagai dalang dalam pakatan tersebut.

Namun menurut Mohamed Azmin, Abdul Khalid adalah pemimpin yang paling layak untuk mentadbir Selangor.

"Beliau sudah menjalankan beberapa program besar, Tan Sri Khalid menjalankan tugas dengan baik.

"Kami di sini hanya untuk membantu bagi menggerakkan parti di peringkat akar umbi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan