Warga Felda Wilayah Terengganu Mahu Penerbitan Suara keadilan Dibatalkan

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Warga Felda Wilayah Terengganu hari ini menggesa kerajaan supaya membatal atau mengharamkan terus penerbitan akhbar Suara Keadilan mulai sekarang.

Timbalan Pengerusi Belia Felda Wilayah Terengganu Mahadi Mohamad, 38, berkata tindakan itu perlu dibuat berikutan tindakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyiarkan berita berunsur fitnah dengan menyatakan Felda bankrap.

Beliau berkata tidak mungkin Felda bankrap kerana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu mampu membayar dividen sehingga 14 peratus kepada peneroka setiap tahun.

"Kami warga Felda bersetuju dan menyokong penuh pengurusan Felda menyaman PKR yang membuat tuduhan tanpa usul periksa," katanya pada perhimpunan secara aman di ibu pejabat Felda wilayah Terengganu yang turut dihadiri Pengurus Besar Wilayah Abd Malib Abd Rani.

Mahadi berkata sekiranya Felda bankrap, tidak mungkin agensi itu dapat meluluskan penempatan baru bagi generasi kedua di Felda Nerang Satu, di Kemaman.

Seorang peneroka dari Felda Tersat, Hulu Terengganu, Fatimah Mohamad, 48, pula berkata beliau kesal dengan dakwaan yang dibuat oleh Suara Keadilan itu.

"Kalau Felda bankrap, kenapa Felda masih mampu membayar sara hidup sebanyak RM1,000 sebulan kepada semua peneroka di seluruh negara sedangkan ada peneroka yang tidak mempunyai hasil berikutan pokok-pokok sawit baru ditanam semula.

"Mereka ni tahu dari mana Felda bankrap. Siasatlah dulu, jangan buat tuduhan sebarangan kerana kami di Felda kini hidup senang lenang sekarang berbanding sebelum jadi peneroka," katanya.

Pada perhimpunan itu, 300 daripada 7,133 peneroka seluruh Terengganu berhimpun dan menandatangani kain rentang dan membawa sepanduk bagi melahirkan bantahan mereka terhadap Suara Keadilan.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar berkenaan yang tamat dua hari lepas.

Di akhir perhimpunan itu, Abd Malib menyampaikan sumbangan RM21,000 kepada 21 buah Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu.

Sumbangan Jabatan Pembangunan Masyarakat Felda sebanyak RM1,000 setiap persatuan itu adalah bagi urusan pentadbiran persatuan masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan