Samy Vellu Terus Dengan Usaha Pembaharuan MIC Tubuh Kelab Rakan MIC

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meneruskan usaha pembaharuan dengan menyatukan jentera empat sayap parti menjadi satu dan juga memperkenalkan Kelab Rakan MIC bagi menarik remaja yang tidak berminat dengan politik.

Dalam usaha itu, pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera akan membentuk satu jawatankuasa bersama untuk beroperasi sebagai satu kumpulan tanpa perlu bergabung, katanya.

Katanya empat pergerakan itu, masing-masing akan membentuk satu Kor Sukarelawan bagi membantu parti dalam kerja-kerja sosial.

"Ini merupakan beberapa perubahan yang perlu diambil bagi memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat," katanya semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Mengenai Kelab Rakan MIC, Samy Vellu berkata tiada formaliti seperti pendaftaran kerana ia akan diwujudkan di seluruh negara oleh mereka yang tidak menganggotai MIC.

"Ia akan bergerak seperti sebuah kelab tetapi dengan beberapa peraturan. Kelab itu akan dibuka kepada semua kaum dan kumpulan umur dan tidak akan menjadi sebuah kumpulan politik. Ia bebas daripada politik," katanya.

Katanya kelab itu khusus bagi mereka yang mengamalkan politik tidak memihak dan politik tanpa perkauman terutama di kalangan mereka yang berpendidikan dan remaja yang tinggal di bandar.

Perubahan lain termasuk membentuk cawangan berasingan bagi pergerakan Pemuda dan Wanita di seluruh negara, katanya.

Samy Vellu berkata 15 cawangan Wanita telahpun beroperasi dan ibu pejabat parti telah meluluskan pembentukan awal 150 cawangan pemuda.

"Lebih banyak cawangan seperti itu akan diwujudkan supaya mereka (sayap Pemuda dan Wanita) dapat bergerak secara bebas dan menganjurkan aktiviti untuk kumpulan masyarakat tertentu," katanya.

Samy Vellu juga mengarahkan keempat-empat pergerakan itu supaya menyediakan satu pelan tindakan "Strategi Untuk Menang" dalam tempoh dua bulan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga meminta pergerakan itu agar menjalankan program pendaftaran pengundi secara bersama melalui pelbagai program.

"Misi kita ialah bagi menawan semula semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kita (MIC) kalah dalam pilihan raya umum lepas dan menarik undi kaum India kepada Barisan Nasional," katanya.

Strategi lain yang akan dilaksanakan oleh MIC adalah melalui 'e-kempen', menggunakan internet bagi mengumpulkan sokongan kaum India, dan juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan melalui kempen 'Rakyat Didahulukan' yang dilancarkan parti beberapa bulan lepas.

"Kepimpinan Barisan Nasional bergantung dengan kita bagi menarik undi pengundi kaum India. Kita perlu menunaikannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan