Permuafakatan Dalam BN Masih Relevan, Perlu Diperkukuhkan

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permuafakatan yang sedia terjalin di antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) masih lagi relevan dan perlu diperkukuhkan khususnya dalam menghadapi landskap politik pada masa kini, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya beliau menyentuh perkara ini untuk menegaskan semula tentang pentingnya muafakat yang sudah lama terjalin ini diperkukuhkan dalam senario politik negara yang sudah agak berubah.

"Landskap politik negara kita tidaklah seperti yang kita lihat lima, 10 atau 20 tahun yang lalu. Walaupun situasi dan keadaan perubahan ini berlaku dengan tidak kita sedari," katanya menutup Mesyuarat Umno Bahagian Lembah Pantai di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata BN terbentuk bukan dilakukan secara ad hoc, sebaliknya diwujudkan atas asas permuafakatan di kalangan komponen parti.

Beliau berkata ia tidak seperti pembangkang yang hanya muafakat ketika pilihan raya tetapi BN telah lama mengadakan perkongsian kuasa yang dilakukan atas dasar permuafakatan.

Mengenai keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN berhadapan dengan satu tentangan hebat sehingga beberapa negeri yang ditadbir BN jatuh ke tangan pakatan pembangkang, Muhyiddin berkata:"Jadi dalam senario sebegini mungkin akan timbul persoalan relevankah BN ini? ataupun mampukan BN ini mempertahankan kedudukannya kerana pengundi yang kita hadapi pada hari ini mungkin walaupun wajahnya sama tetapi pemikirannya sudah agak berubah.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menegaskan perhatian dan kerja keras semua anggota bukan hanya perlu tertumpu kepada pilihan raya ke-13 akan datang, sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

"Jadi soal penting yang saya nak bangkitkan, persoalannya kita nak pastikan dalam kita nak hadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya dan bukannya hanya melihat kepada tahun 2012 atau 2013, tetapi seterusnya kita nak tunjukan kepada rakyat jelata khususnya pengundi di negara kita bahawa BN sebuah parti yang boleh hidup bersendirian, ini bukan satu pilihan tetapi ia mesti," katanya.

Timbalan Pengerusi BN itu juga berkata BN adalah satu-satunya parti yang telah diuji sebanyak 12 kali dalam pilihan raya dan masih relevan dan mampu memenuhi aspirasi rakyat.

"Takkanlah rakyat yang memilih kita setiap kali itu melakukan kesilapan. Mesti ada kebenaran berasaskan kepercayaan, keyakinan bahawa dasar BN yang baik, dasar ekonomi juga baik, dasar pendidikan betul, dasar sosialnya begitu, dasar kebudayaan, dasar bahasa segala-galanya pun dianggap sesuai," tambahnya.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya lebih agresif dengan turun ke padang dan memberikan penjelasan mengenai sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Kini sudah sampai masanya kita kena berani turun ke bawah cabar mereka (pembangkang) dan menepis serta menyelesaikan isu rakyat supaya rakyat tahu bahawa kita sanggup berhadapan dan sanggup memberikan penjelasan hingga boleh meyakinkan mereka.

"Saya akui ini tidak mudah tetapi kita kena buat kerana waktu tidak menyebelahi kita. Pejam celik, pejam celik masa berlalu dan masa yang tinggal tidak sampai tiga tahun," katanya.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan