Pemuda MIC Usul Singkir Anggota Tidak Bertanggungjawab

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC hari ini telah membuat usul supaya parti itu menyingkirkan ahli yang tidak memberi kerjasama dalam membangunkan kebajikan masyarakat India di negara ini.

Ketuanya T. Mohan berkata, selain itu pemimpin parti itu yang tidak menjalankan tanggungjawab juga perlu diganti.

"Boleh dilihat tiada tindakan diambil di sesetengah tempat. Itu tidak bermaksud kami mengabaikan tanggungjawab, kami sedang melakukan tetapi kerjasama di antara anggota juga diperlukan," katanya pada mesyuarat perwakilan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Mesyuarat perwakilan itu juga membuat usul agar gaji minima pekerja ladang ditetapkan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan.

Selain itu, Pemuda MIC menggesa kerajaan menjadikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai ujian kelayakan untuk masuk ke universiti untuk semua berbanding pada masa kini yang turut menerima lulusan matrikulasi.

Ini memberi gambaran suasana yang tidak adil kepada pelajar yang menduduki STPM, kata Mohan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan