Umno Tidak Abai Kepentingan Bumiputera Dalam Perjuangan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah mengabaikan kepentingan Bumiputera dalam perjuangannya membela nasib rakyat, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun, katanya usaha ke arah meningkatkan golongan Bumiputera ke peringkat yang tinggi tidak harus dibebankan kepada kerajaan semata-mata tetapi hendaklah dengan kerjasama anggota parti dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga berkata banyak peluang pekerjaan akan disediakan apabila kerajaan mensasarkan menarik lebih ramai pelabur asing melabur dan syarikat gergasi membina ibu pejabat di negara ini, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Segambut ke-16 di sini hari ini.

"Peluang pekerjaan yang banyak akan memberi ruang untuk rakyat Malaysia lebih maju dan berdaya saing. Tapi ia tak mungkin berlaku kalau Bumiputera terpingir," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa berkata penekanan agenda Bumiputera dalam aspek pembangunan negara tidak bermaksud menafikan hak kaum lain tetapi ia adalah usaha untuk memastikan Bumiputera turut menikmati kejayaan yang sama seperti mereka.

Sementara itu, beliau turut menekankan kepentingan mendidik anak-anak Bumiputera dalam pelbagai bidang agar mereka tidak ketinggalan terutama dalam misi negara mencapai tahap pendapatan tinggi.

"Kita mahu anak-anak kita belajar sehingga ke peringkat tertinggi untuk kuasai ekonomi negara. Belajar selok-belok perniagaan supaya ada ilmu untuk perjuangkan nasib sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan