Toh Puan Norashikin Seorang Tokoh Wanita Negara Yang Boleh Diteladani

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Toh Puan Norashikin Mohd Seth, balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, seorang tokoh wanita negara yang boleh diteladani.

Perdana Menteri berkata Allahyarham sentiasa memberi sokongan yang kuat kepada arwah suaminya, Dr Ismail, selain banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan dan sentiasa berhemah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada generasi yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan dan pembangunan negara, dan generasi ini semakin berkurangan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pengkebumian itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Allahyarham Norashikin, 80, anak bongsu daripada lima orang adik beradik, adalah anak bekas Menteri Besar Johor, meninggal dunia pada 12 tengah hari semalam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya kerana sakit tua.

Allahyarham merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, bekas Menteri Kebajikan Am Tun Fatimah Hashim.

Bagi Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang merupakan bekas menteri kabinet menyifatkan Allahyarham sebagai penyokong kuat dan isteri yang taat kepada suaminya, dan merupakan orang yang selalu memberi kekuatan kepada Dr Ismail, terutamanya semasa darurat selepas 13 Mei 1969.

"Beliaulah yang menyokong Tun Dr Ismail untuk menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika diminta untuk menerima jawatan tersebut di waktu darurat dahulu.

"Walaupun peranan beliau tidak nampak di bahagian depan, namun beliau memberi sokongan yang kuat dari belakang," katanya.

Tengku Razaliegh berkata Allahyarham adalah seorang yang sangat mementingkan hal-hal kebajikan anggota keselamatan terutamanya anggota polis semasa suaminya memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu, abang Allahyarham, Jeneral Tan Sri Ghazali yang merupakan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata adiknya itu merupakan seorang yang sangat aktif dan kuat semangat semasa hayatnya.

"Boleh dikatakan tiap-tiap tahun dia pergi mengerjakan umrah, kemudian tengok cucu dia di Australia. Dia memang rajin dan kuat," katanya.

Beliau berkata sebelum meninggal dunia, Allahyarham sering dirawat di Hospital Pakar Damansara kerana mengalami pelbagai penyakit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan