Toh Puan Norashikin Amat Dihormati, Kata Pak Lah

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Allahyarhamah Toh Puan Norashikin Mohd Seth, balu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani.

"Toh Puan amat disayangi kawan-kawannya, saya anggap Toh Puan seorang wanita yang amat dihormati dan disegani," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarhamah di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Allahyarhamah yang berusia 80 tahun, meninggal dunia pada 12 tengah hari di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.

Jenazah akan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas Zohor pada Sabtu.

Abdullah juga berkata Allahyarhamah banyak memberi sumbangan dan bakti semasa hayatnya dan bergiat aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan