Program Modenisasi Jadikan TLDM Lebih Maju

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maju selangkah ke hadapan melalui program modenisasi yang berterusan, termasuk kehadiran kapal selam kedua negara Kapal Diraja (KD) Tun Razak semalam, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda, yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, bertitah program modenisasi itu termasuk perolehan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang sudah pasti menjadikan TLDM sebuah angkatan yang lebih baik.

"Beta berpuas hati dengan rancangan pembangunan TLDM yang teratur dan sistematik kerana ia telah mengangkat nama Malaysia setaraf dengan negara-negara membangun," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah kepada Pegawai Kadet Tauliah jangka pendek ke-58, Pegawai Kadet Wanita pengambilan ke-11, Pegawai Graduan ke-19 dan Pegawai Tugas Khas pengambilan ke-30 di Pangkalan TDLM di sini hari ini.

Selaras dengan hasrat TLDM untuk mencapai pasukan bertaraf dunia, baginda berharap aspek pengetahuan, kepakaran serta semangat juang warga TLDM dipertingkatkan seiring dengan arus pemodenan asetnya bagi membolehkan TLDM menghadapi sebarang konflik di masa hadapan.

Baginda turut mengingatkan setiap anggota TLDM yang merupakan model kepada generasi muda serta masyarakat awam supaya menjalani hidup dengan penuh disiplin serta keperibadian tinggi.

"Jauhilah diri daripada terjebak ke dalam aktiviti negatif yang boleh menjejaskan maruah dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Angkatan Tentera Malayasia amnya dan TLDM khasnya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menyeru supaya kebajikan warga TLDM sentiasa diberi perhatian kerana kecemerlangan sesuatu organisasi bermula dengan suasana kerja dan keluarga yang bahagia.

"Oleh itu pegawai memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kebajikan anggota dan keluarga warga TLDM," titah baginda.

Pada istiadat itu, seramai 28 pegawai kadet, 10 pegawai graduan dan 12 pegawai tugas khas menerima watikah masing-masing yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin.

Pegawai Kadet Kanan (PKK) Kamarul Hainizam Abdul Razak, 22, dipilih sebagai PKK Terbaik Keseluruhan manakala PKK Nurziah Ahmad Fauzi, 22, pula dipilih sebagai PKK Terbaik Akademik, Lt Muhammad Firdaus Abdul Hamid, 25, dipilih sebagai Pegawai Graduan Terbaik Keseluruhan dan Pegawai Tugas Khas Terbaik diraih oleh PKK Anuar Ambak, 41. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan