Nur Jazlan Akan Tekan Tumpuan Uda Holdings Di Tiga Bandaraya Utama

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pengerusi UDA Holdings yang baru, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menekankan tumpuan syarikat itu kepada tiga teras utama perniagaannya iaitu hartanah, pembangunan bandar dan pengurusan kompleks beli belah di tiga bandaraya utama negara.

Ini menurut beliau untuk menjayakan misi kaum Bumiputera seperti yang ditetapkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

"Bandaraya itu ialah Johor Baharu (Johor), Kuala Lumpur dan Georgetown (Pulau Pinang)," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, beliau sudah mendapat taklimat rasmi dari Pengarah Urusan UDA Datuk Jaafar Abu Hassan dan mengarahkan supaya pengurusan UDA memfokuskan kepada perniagaan di tiga bandaraya berkenaan.

Beliau mahu kehadiran UDA membolehkan masyarakat Bumiputera bersaing dengan kaum lain dan pada yang masa yang sama tidak mahu lagi timbul cerita mereka terpaksa keluar dari bandar kerana tidak mampu membeli kediaman atau premis perniagaan.

Syarikat berkenaan juga mempunyai kekuatan dalam bidang pengurusan kompleks membeli belah kerana menjadi satu-satunya syarikat Bumiputera yang menguruskan hartanah di dalam kawasan bandaraya seperti BB Plaza, Kompleks Pertama dan Daya Bumi di Kuala Lumpur dan Plaza Angsana di Johor Baharu.

Katanya ia adalah kelebihan yang ada pada UDA dan ia perlu dieksploitasi sepenuhnya bagi memastikan masyarakat Bumiputera dapat berniaga di kawasan bandar utama.

UDA katanya sudah dikeluarkan sebagai sebuah syarikat dalam senaraian bursa saham dan kini, di bawah seliaan Menteri Kewangan Diperbadankan dan kerajaan mahu ia menjadi sebuah perbadanan seperti misi penubuhannya 40 tahun lalu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dan mahu UDA kembali kepada asas penubuhannya iaitu mengukuhkan pemilikan hartanah sama ada perniagaan atau kediaman masyarakat Bumiputera dalam kawasan bandar," katanya.

Pada pertengahan bulan lalu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai telah diumumkan sebagai Pengerusi UDA yang baru menggantikan Datuk Hilmi Abd Rashid untuk tempoh selama dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan