Nasib Kampung Melayu Di Pulau Pinang, Padah Akibat Tukar Baju Politik

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar 'baju politik'.

Beliau berkata, apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi.

Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu sedar bahawa Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang kita ada kelemahan, tetapi kita boleh baiki semula jika kita mengambil alih semula Pulau Pinang.

"Namun DAP belum cukup tiga tahun memerintah, banyak gerai Melayu yang telah dirobohkan dan tidak ada penggantian dan jika ada sekalipun diletakkan di kawasan pinggir dan kawasan yang tidak strategik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini tentang nasib kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang yang hilang tempat tinggal apabila diusir pemaju bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan.

Pengusiran itu didakwa dilakukan oleh pemaju berpangkalan di Kuala Lumpur tanpa sebarang perbincangan antara kedua pihak bagi membolehkan projek kediaman bertingkat dengan kos RM800,000 seunit dibangunkan.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Ahmad Zahid berkata, ia bukan kampung Melayu pertama yang menerima nasib sedemikian yang kononnya dilakukan atas nama pembangunan.

"Setakat ini dua kampung Melayu telah diambil alih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan saya difahamkan terdapat antara empat hingga lima lagi kampung yang menunggu masa untuk diambil alih oleh kerajaan negeri.

"Kita menyuarakan perkara ini bukan sebab perkauman tetapi mahukan keadilan, kesamarataan dan meritokrasi diperlaungkan selama ini dilakukan oleh mereka dan bukannya dengan menghalau orang Melayu ke pinggir bandar dan tepi laut," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu di Pulau Pinang supaya mula sedar dan kembali bersatu dengan Umno serta BN.

Dalam masa yang sama, katanya, Umno negeri melalui Yayasan Hartanah akan cuba sedaya mungkin dengan dana kewangan yang terhad untuk membantu menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan