Najib Ucap Tahniah Kepada Obama, AS

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengirim perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersempan ulang tahun kemerdekaan ke-234 negara itu hari ini.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya sukacita menyampaikan tahniah dan ucap selamat kepada anda sebagai kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat bersempena ulang tahun ke-234 kemerdekaan AS pada 4 Julai," kata Najib dalam perutusan dua perenggan kepada Obama.

Salinan perutusan itu dihantar kepada Bernama di sini.

Najib dalam perutusan itu juga mengingat kembali pertemuan bilateralnya yang pertama dengan Obama di Washington, AS, di luar sidang Keselamatan Nuklear yang membawa kepada peningkatan hubungan antara kedua-dua negara.

"Saya teringat dengan rasa penuh kepuasan perbincangan yang produktif semasa pertemuan bilateral kami pada 12 April, 2010 di Washington D.C.

"Dan saya gembira dengan penuh optimis bahawa anda (Obama) dan saya sependapat tentang hala tuju masa depan perhubungan bilateral Malaysia-AS," kata Perdana Menteri.

Najib berkata beliau juga berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan Obama dalam menentukan hubungan yang memberi manfaat bersama terus meningkat pada tahun-tahun mendatang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan