Mukhriz Minta Anwar Beri Penjelasan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kenyataannya bahawa beliau kesal menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis' seperti yang dilaporkan akhbar Washington Post baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata jika penjelasan Anwar itu tidak konsisten dengan tindakannya sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Penjelasan berhubung perkara ini perlu supaya orang ramai tidak ragu-ragu dengan tindakan beliau sebelum ini yang turut membidas tindakan regim zionis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau di sini, hari ini.

Mukhriz berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" seperti yang dilaporkan akhbar Washington Post pada Isnin.

Dalam artikel yang ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" (Bercanda dengan kefanatikan di Malaysia).

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata tindakan itu menunjukkan Anwar hanya bersandiwara kerana sebelum ini beliau pernah terbabit dalam demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini dan membidas tindakan Israel.

"Semua itu (tindakan Anwar yang membidas Israel) adalah hipokrasi semata-mata," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan