Kira-kira Sepuluh Umno Bahagian Minta Tangguh Mesyuarat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira sepuluh Umno bahagian memohon untuk menangguhkan mesyuarat bahagian masing-masing disebabkan beberapa masalah, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Tengku Adnan berkata kesemua permohonan penangguhan itu bukan disebabkan masalah dalaman sebaliknya berhubung tempat serta masalah pihak yang dijemput untuk merasmi mesyuarat.

"Kita luluskan permohonan mereka tetapi kesemua bahagian itu perlu memastikan mesyuarat dapat diadakan sebelum akhir bulan ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Putrajaya berkata setakat ini 60 daripada 191 bahagian Umno sudah pun bermesyuarat dan kesemua mesyuarat bahagian sepatutnya perlu selesai pada 15 Julai.

Mengulas mengenai mesyuarat Umno bahagian Rantau Panjang yang bermasalah disebabkan berlaku dua mesyuarat dalam satu bahagian, Tengku Adnan berkata pihaknya akan meneliti mengenai perkara itu.

Mengenai Umno bahagian Tanah Merah pula, beliau menasihatkan bahagian itu untuk menyelesaikan segera pertikaian yang berlaku ekoran dakwaan bekas Ketua bahagian tersebut bahawa mesyuarat cawangan sebelum itu tidak mengikut perlembagaan.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata satu pemilihan semula akan diadakan untuk jawatan Ketua Puteri Bahagian Putrajaya yang baru berikutan penyandang jawatan itu Hamizah Abdullah Zawawi tidak dapat dihubungi selama hampir setahun.

"Bagaimanapun sebelum pemilihan baru dapat dibuat Ketua Puteri (Umno) Malaysia perlu melantik pemangku terlebih dahulu," katanya.

Tengku Adnan enggan mengulas lanjut mengenai kehilangan Hamizah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan