Gerakan Bantu 100,000 Miskin Tegar

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melancarkan gerakan membantu 100,000 miskin tegar dan miskin dalam kategori berpendapatan kurang RM750 sebulan dalam tempoh enam bulan bulan dari sekarang.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, golongan ini termasuk yang terlantar sakit dengan memberi bantuan bulanan manakala keluarganya akan diberi pekerjaan sama ada dalam bentuk pertanian dan menceburkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita Umno bahagian Machang di sini, hari ini, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata skuad jalinan masyarakat dan Skuad Komando yang ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen diarah menjalankan gerakan itu diakar umbi.

Beliau berkata jumlah itu termasuk 750 orang miskin tegar dan 7,000 miskin yang sudah dikenalpasti di Kelantan untuk layak mendapatkan bantuan itu.

Katanya bantuan ini tidak termasuk jumlah bantuan bulanan yang sudah disumbangkan kerajaan pusat berjumlah lebih RM30.7 juta setahun termasuk bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan