Agensi, Kementerian Perlu Adakan Lebih Banyak Program Sentuhan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu semua agensi di bawah kementerian itu mengadakan lebih banyak program yang mempunyai sentuhan rakyat dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia.

"Jadi kalau ke kampung misalnya kita harus membantu Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan pesawah-pesawah dan petani-petani serta anak-anak kita yang masih belajar untuk maju ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sepetang Mengemping Bersama Masyarakat Kampung Gagu di sini hari ini.

Rais berkata usaha melaksanakan gagasan 1Malaysia perlu dilihat dengan usaha yang ikhlas untuk membantu membangunkan masyarakat, dan bukan hanya berdasarkan pada retorik atau cakap-cakap saja.

Ini memerlukan semua pemimpin termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan bertindak mewujudkan sentuhan rakyat yang dapat membangunkan masyarakat dalam usaha menyemarakkan gagasan tersebut, katanya.

Rais berkata pelaksanaan gagasan 1Malaysia ini perlu dielak dari terlampau tertumpu kepada aspek "ceremonial" atau acara rasmi seperti kempen dan ucapan, dan aspek sentuhan rakyat perlu ditingkatkan.

"Apa yang dimasukkan dengan erti sentuhan rakyat itu, ialah ia harus nampak isinya jadi kalau 1Malaysia itu asas kepada perpaduan dan nilai-nilai tunggak yang lapan, maka kita harus libatkan sekolah, kampung, kampung baru, pekan, pasar, belia dan badan-badan bukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata agensi dan kementerian itu perlu melihat apa saja peluang yang boleh disumbangkan kepada masyarakat dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ini dan "1Malaysia bukan tamat apabila pemimpin habis berucap." - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan