Sultan Selangor Ucap Takziah Atas Pemergian Omar Ong

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin yang meninggal dunia, semalam.

Baginda berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menghadiri majlis rasmi dan menyambut ketibaan kapal selam kedua negara KD Tun Abd Razak semasa merakamkan ucapan takziah itu.

Kenyataan media titah baginda itu dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit, Datuk Mohamad Munir Bani berkenaan pemergian tokoh negarawan itu, petang semalam.

"Dengan pemergian itu, kita telah kehilangan seorang tokoh negarawan yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada negara dan masyarakat.

"Baginda berdoa semoga roh allahyarham Tun Omar Yoke Lin dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh dan beriman," demikian titah Sultan Selangor dalam kenyataan.

Tengku Puteri Norzehan mewakili Sultan Selangor ke upacara penghormatan dan pengebumian tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan