Petronas Kekal Bayar Dividen RM30 bilion Biarpun Keuntungan Dicapai Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengekalkan pembayaran kepada kerajaan pada paras tahun lepas sebanyak RM30 bilion walau pun mencatatkan keuntungan yang lebih rendah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas

Bagaimanapun, keuntungan yang tinggal selepas pembayaran dividen 54.2 peratus kepada RM10.3 bilion dan menyediakan cabaran kepada kumpulan itu untuk mengekalkan lajakan baru-baru ini terhadap perniagaannya.

"Pelaburan semula yang mencukupi diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan akan datang," katanya pada taklimat media di sini semalam.

Bagi tahun kewangan 2010, pembayaran keseluruhan kepada kerajaan berjumlah RM57.6 bilion, yang turun RM16.4 bilion berikutan cukai lebih rendah sebanyak RM10.7 bilion kerana keuntungan yang dicatatkan lebih rendah itu.

Katanya hasil petroleum yang diraih yang dibayar kepada kerajaan merosot sejajar dengan pengeluaran domestik serta harga yang lebih rendah.

Sehingga ini, Petronas telah membayar RM529 bilion kepada kerajaan. Sejak kerajaan mengawal atur harga gas pada 1997, kumpulan itu telah menanggung subsidi gas pada kumulatif RM116 bilion.

Sementara itu, Shamsul Azhar berkata, Petronas mencatatkan kemerosotan keuntungan pracukai 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac, 2010, daripada RM89.1 bilion pada 2009.

Perolehan turun 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion daripada RM264.2 bilion.

Katanya keuntungan bersih Petronas turut merosot 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion daripada RM52.5 bilion.

Katanya penurunan keuntungan bersih dan perolehan itu adalah berikutan kelembapan permintaan mendapatkan minyak mentah.

"Tahun yang dikaji itu terbukti agak sukar luar biasa dan mencabar bagi kumpulan Petronas di dalam keadaan kemelesetan yang memberi kesan kepada industri minyak dan gas," ujar beliau.

Katanya permintaan mendapatkan minyak dunia merosot bagi tahun kedua berturut-turut kepada 84.4 juta tong sehari berikutan wujud pertumbuhan permintaan di ekonomi baharu muncul utama yang mengatasi kemerosotan permintaan di pasaran lain.

Ujae beliau lagi, kapasiti pengeluaran meningkat lagi kepada 89.4 juta tong sehari berikutan selesainya dan pelaksanaan pembangunan minyak utama di anggota Negara Pengeksport Petroleum (Opec) utama serta dari pengeluaran yang lebih tinggi dari negara bukan anggota Opec, katanya.

"Pembangunan itu yang disatukan menolak lebihan kapasiti pengeluaran minyak mentah yang kini cukup signifikan pada awal tahun kepada lebih tinggi, ke tahap yang besar yang pernah dialami," katanya.

Bagi tahun yang dikaji, katanya purata harga penanda aras minyak mentah West Texas Intermediate turun 20 peratus kepada AS$70.59 (RM227.51), manakala harga minyak mentah Malaysia turut turun kepada AS$72.69 (RM234.28).

Menjelaskan lebih lanjut, katanya harga minyak yang lebih rendah turut dicerminkan dalam kemerosotan harga komoditi tenaga yang lain, yang termasuk gas asli dan gas cecair asli (LNG) serta produk petrokimia serta sama juga kapasiti lebihan yang besar yang muncul bersama-sama rantaian nilai minyak dan gas.

Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas Datuk George Ratilal berkata, "Perolehan RM47.8 bilion itu akan menyebabkan kemerosotan 53.6 peratus keuntungan, apabila perkara lain tetap sama."

Bagaimanapun, katanya kerugian keseluruhan sebahagiannya diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih rendah yang mengurangkan kesan kemerosotan sebanyak 30 peratus, pengagihan hasil dan pembayaran petroleum yang lebih rendah sebanyak 2.4 peratus serta caj pelunasan, susut nilai dan kelainan sebanyak 1.4 peratus.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan