Negeri Ada Hak Lantik Penasihat Undang-undang - Zaid

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang tidak boleh melantik penasihat undang-undangnya sendiri.

Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa yang diperuntukan di bawah undang-undang tubuh negeri bagi melantik penasihat undang-undang.

"Dalam perlembagaan (negeri) Menteri Besar atau Ketua Menteri ada hak untuk memilih (penasihat undang-undang).

"Ia terpulang kepada negeri itu sendiri, seperti di Kelantan, mereka ada perundangan mereka sendiri," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tugas sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan yang baru di sini malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamed Nazri di Parlimen hari ini bahawa tindakan melantik penasihat undang-undang sendiri adalah tidak mengikut perlembagaan.

Jelasnya pelantikan penasihat undang-undang negeri hanya boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Sebelum ini akhbar melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan penasihat undang-undang negeri akan dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri dikuasai pembangkang.

Bagaimanapun Zaid berkata, isu perlantikan penasihat undang-undang negeri ini hanya melibatkan soal perundangan dan boleh dilakukan perbincangan mengenai pelaksanaannya.

"Pada saya ia soal perundangan, kita boleh selesai secara perbincangan.

"Mungkin benar kita perlu dapatkan juga peguam daripada Pejabat Peguam Negara, tapi kita (mahu supaya) boleh pilih sendiri (peguam) dan bukannya dipilih oleh Peguam Negara... perkara macam inilah yang perlu dibincang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan