Azmin: BBC Selangor Sokong Penuh Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (BBC) Selangor hari ini berikrar menyokong penuh kepimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian tersebut perlu dinyatakan dengan jelas kerana media kerajaan didakwa melaga-lagakannya dan Menteri Besar berhubung pelantikannya sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Selangor (PKR) yang baru menggantikan Abdul Khalid.

“BBC Selangor sebulat suara akan terus menyokong kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar bagi memaju ekonomi negeri Selangor ke arah kesejahteraan rakyatnya.

"Ini pendirian bersama dengan PAS dan DAP,” katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor yang diumumkan parti itu baru-baru ini. Sementara itu, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dua ADUN yang didakwa bermotifkan politik.

“Kami berasa kesal dan memandang serius tindakan memanggil dua Adun PR semalam.

“Tindakan ini merupakan satu usaha berterusan untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan SPRM memanggil dua ADUN, Shuhaimi Shafiei (Seri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan penyiasatan di bawah Seksyen 17(a), Akta SPRM.

Kedua-dua mereka hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya semalam bagi merakamkan keterangan mereka selepas menerima notis Isnin lalu.

Shuhaimi dan Amiruddin turut hadir pada sidang media itu bersama-sama 12 ahli BBC Selangor yang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiuasaha BBC Selangor, Lau Weng San berkata siasatan yang dijalankan oleh SPRM kali ini hampir serupa dengan kes rasuah melibatkan wang peruntukan bagi daerah Petaling setahun yang lalu.

“Kami percaya siasatan yang dijalankan ini bermotifkan politik,” katanya.

Weng San yang juga ADUN Kampung Tunku, berkata kedua-dua wakil rakyat tersebut tidak dapat mendedahkan kenyataan yang telah direkodkan kepada SPRM kerana siasatan kes tersebut masih dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan