Adun Sri Muda, Batu Caves Beri Keterangan Kepada SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari Parti Keadilan Rakyat, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung skandal pasir di negeri berkenaan. Mereka ialah Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafie.

Mereka tiba di ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 3 petang dan sehingga pukul 7 petang semalam, kedua-dua wakil rakyat itu dilihat masih berada di kawasan berkenaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata kehadiran mereka untuk memberi kenyataan merupakan prosedur biasa bagi membantu siasatan dalam sesuatu kes.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes yang sedang disiasat.

"Kita mengalu-alukan kehadiran mereka bagi membantu siasatan. Saya harap jangan ada yang buat spekulasi kerana ia merupakan prosedur biasa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan