Zahrain Desak SPRM Siasat Siapa Taja Balasubramaniam Di London

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas, Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu yang terbabit menaja penyiasat persendirian P. Balasubramaniam di London.

Beliau yang merupakan anggota Parlimen Bayan Baru yakin ada individu yang menaja kehidupan Balasubramaniam di negara itu kerana mengetahui penyiasat berkenaan tidak mampu menetap di sana tanpa bantuan kewangan.

"Saya mendesak melalui menteri minta SPRM siasat siapa sponsor. Lagipun, saya tahu tidak mungkin Bala mampu duduk di London berbulan-bulan tanpa penaja," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Balasubramaniam mengundang kontroversi apabila pada 3 Julai 2008 muncul dan mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Bagaimanapun keesokannya, beliau menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua dalam satu sidang media sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya.

Zahrain berkata, episod kehidupan Balasubramaniam seakan menyerupai episod kehidupan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan yakin pihak yang sama menaja kedua-dua individu terbabit.

Katanya, berdasarkan pada bukti-bukti yang beliau peroleh, mendapati kedua-dua individu terbabit mendapat tajaan daripada parti pembangkang.

Beliau berkata, dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra adalah tidak benar.

Zahrain berkata, beliau mempunyai bukti bahawa Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim ada menginap di hotel dan tarikh yang sama dengan Raja Petra pada tahun lepas yang menunjukkan mereka mempunyai hubungan.

"Untuk katakan mereka tiada hubungan, adalah tipu. Ini kerana saya mempunyai bukti yang Zaid menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra iaitu di Britannia Hotel, Manchester United Kingdom. Zaid menginap di situ pada 1 Oktober hingga 3 Oktober manakala Raja Petra dari 1 Oktober hingga 4 Oktober.

"Ini jelas menunjukkan mereka ada kaitan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan