Wakil Peneroka Felda Tunjuk Perasaan Di Hadapan Pejabat Suara Keadilan

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hampir 400 wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak semalam mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini.

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan berteriak "Hidup Felda! Hidup FELDA!" dan ada di kalangan penunjuk perasaan itu yang membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Majlis Belia Felda Selangor Aziz Ngah Mat Daud berkata, kehadiran mereka bertujuan membantah laporan Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun 2010 yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap".

Laporan Suara Keadilan itu berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan Felda bankrap, katanya.

Exco Majlis Belia Felda, Ku Zahrin Shah Ku Mansur berkata Majlis Belia Felda mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan dan akhbar yang menyiarkan berita-berita berunsur fitnah, bohong dan mengelirukan yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Aziz Ngah kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib yang ditemani oleh peguam akhbar itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu dan mereka bersurai selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Pada sidang akhbar kemudian, Dzulkarnain berkata Suara Keadilan memahami sentimen warga peneroka terhadap Felda tetapi pihaknya berpegang teguh terhadap apa yang telah disiarkan.

"Felda akan saman Suara Keadilan, biarlah proses undang-undang berjalan, biar mahkamah menentukan," katanya.

Beliau berkata, artikel itu mengandungi "ulasan adil" kerana memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ahmad Zaid Ibrahim dan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan