Tiada Sebab Nak Siasat Pembelian Kapal Selam Scopene - Menteri Pertahanan

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap tuduhan RM575 juta yang dibayar sebagai komisyen kepada Perimekar Sdn Bhd oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian dua buah kapal selam Scopene.

"Tak ada siasatan. Saya tak tahu-menahu tentang perkara ini. Sehingga kini belum ada maklumat yang sampai kepada pihak kementerian," katanya selepas menyempurnakan majlis pelepasan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia di Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mendedahkan SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda atas tujuan pembelian aset pertahanan negara itu.

Atas sebab itu, isu berkenaan tidak mendesak untuk dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada William Leong (PKR-Selayang) untuk memaklumkan usul untuk membincangkan perkara itu telah ditolak.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, tiada keperluan untuk kementerian meminta SPRM menjalankan siasatan terhadap pembelian kapal selam itu memandangkan proses pembelian telah mendapat kelulusan dan dibuat dengan betul.

"Pembelian kapal itu telah mendapat kelulusan kementerian kewangan dan prosedur pembelian juga mengikut apa yang telah ditentukan.

"Semua langkah-langkah pembelian juga telah diikuti dengan sebaik-baiknya," katanya

Mengulas tentang harga kapal iaitu RM6.7 bilion sebuah, yang dikatakan terlalu tinggi yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 2002, beliau berkata kos itu merangkumi keseluruhan belanja latihan dan teknikal.

"Nilai itu melibatkan aspek latihan, penginapan dan beberapa aspek teknikal sewaktu latihan dibuat di Perancis dan Sepanyol.

"Mereka yang terlibat pula terdiri daripada Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama syarikat bersekutu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan