Shafie Yakin Nisbah Daftar Pengundi Melayu Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini berkata beliau tidak yakin nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru ialah 1:40.

Shafie berkata jumlah yang telah mendaftar sebagai pengundi baru di kalangan orang Melayu kini meningkat.

"Saya ingat daripada segi angka, tidaklah seperti itu (1:40), saya ingat ada sedikit pembetulan, kalau kita lihat dari segi tempat-tempat lain yang kita dah daftar contoh di Kedah dan Sabah yang mempunyai pendaftaran terbanyak...jumlah orang Melayu yang kita daftar pun ada peningkatan.

"Cuma dari segi ratio itu yang saya tak berapa jelas lagi, tapi saya yakin bukanlah 1:40 yang boleh kita sesuaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mara 2009 di sini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi Pemuda Umno Hishamudin Yahya bahawa nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini ialah 1:40.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada tahun lepas sahaja, Umno mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Shafie berkata beliau mengakui bahawa parti pembangkang banyak berusaha untuk menarik seberapa ramai yang mendaftar sebagai pemilih berbanding parti komponen Barisan Nasional.

Oleh itu Shafie berkata selaku pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Ahli Umno, beliau akan bertemu dengan parti-parti komponen lain untuk berbincang bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengundi baru dan ahli BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga berkata nisbah itu tidak betul dan tidak masuk akal.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, beliau bagaimanapun mengakui ketika ini terdapat kecenderungan di kalangan masyarakat bukan Melayu terutama kaum Cina mendaftar sebagai pengundi berbanding masyarakat Melayu.

Khairy juga berkata hubungannya dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali adalah baik walaupun mereka mempunyai ideologi tersendiri dalam perjuangan Melayu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan