"Saya Akan Jumpa Raja Petra Lagi Minggu Depan - Zaid

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra Kamaruddin di Manchester, England tahun lalu.

Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, menegaskan bahawa beliau akan ke London pada minggu hadapan dan kemungkinan besar akan berjumpa dengan Raja Petra dan isterinya sekali lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” ujar Zaid sinis dalam blognya semalam.

Zaid berkata, sebagai wakil rakyat Bebas Zahrain sepatutnya memberikan cadangan bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

“Saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada Zahrain.

“Dia sudah semacam polis cawangan khas pula...s,” katanya dalam blognya semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa pertemuannya dengan Raja Petra yang juga pengendali laman blog Malaysia Today tidak menjadi satu kesalahan atau melanggar undang-undang mana-mana negara.

“Raja Petra dan isterinya Marina kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan ketika dia ada dalam kesusahan.

“Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trafford sebab dia minat Manchester United. Jadi saya belanjalah dia,” katanya.

Zaid turut mengakui bahawa Raja Petra turut membuat tempahan hotel untuknya namun penulis blog itu tidak tinggal di hotel berkenaan seperti yang didakwa oleh Zahrain.

“Hotel itu untuk saya, tapi tak benar dia tinggal di situ kerana rumah mereka hanya 15 minit dari situ. Hotel yang saya menginap itu pun tiga bintang , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington DC,” ujarnya menyindir lawatan Zahrain ke Amerika sebelum ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan