Pendidikan Prasekolah Perlu Diubah - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan supaya kekal relevan dan menjadi pemangkin perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani yang berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, berdisiplin dan mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia.

"Hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan dan aspek perkembangan kanak-kanak itu sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Persidangan selama empat hari bertemakan "Menerokai Amalan Terbaik Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan" itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata guru prasekolah juga perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak serta tidak membosankan mereka untuk terus ke sekolah.

"Peranan guru amat penting di sini, guru prasekolah merupakan orang pertama yang mengajar anak-anak kita mengenal huruf dan numerasi, berkomunikasi dan bersosial secara formal.

"Guru-guru prasekolah perlu mampu menyemai asas pendidikan yang kukuh bagi memastikan anak-anak kita akan terus berjaya dalam pendidikan," katanya.

Beliau berkata sehingga akhir Mei, enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada 70.4 peratus daripada 67 peratus pada tahun sebelumnya.

"Saya pasti dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak sasaran 72 peratus pada tahun 2010 akan mampu dicapai," katanya.

Beliau juga bangga kerana terdapat prasekolah-prasekolah yang sebelum ini enggan berdaftar dengan pihak kerajaan, telah mula menunjukkan minat untuk berdaftar dengan kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan