Pelbagai Pihak Kesal Cara Anwar...

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rasa kesal beliau menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis' ketika melawat Amerika Syarikat minggu lepas seperti yang dilaporkan akhbar Washington Post mengundang pelbagai kecaman.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh memberi penjelasan kerana kenyataan itu seolah-olah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon maaf.

"Anwar mengatakan beliau kesal menggunakan terma (pencerobohan Zionis) kepada rakannya di Amerika dan ini jelas menunjukkan beliau meminta maaf dari mereka.

"Jadi beliau patut jelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dia pergi ke sana dan meminta maaf kepada rakan-rakanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Khairy berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang suka 'bermuka-muka' kerana sebelum ini pernah terbabit dalam demonstrasi besar-besaran di depan kedutaan Amerika Syarikat di sini, mengecam Israel menggunakan istilah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sememangnya perkara itu telah diketahui sejak awal setelah 'rakan-rakan' Yahudi Anwar di Amerika Syarikat yang dulu menyokongnya mula mempersoalkan tindakannya.

Katanya, apabila mendapat laporan bahawa rakan-rakannya mulai marah, Anwar terpaksa pergi ke sana untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita dah tahu cerita tu sebab geng-geng Yahudi dia kat Amerika Syarikat yang sokong dia dulu dah mula marah. Bila dapat laporan tu, Anwar pergi untuk perbetulkan keadaan.

"Jadi kita boleh lihat dia punya perangai. Di sini dia kecam, di sana dia pujuk. Itu dah memang stail dia. Jadi saya harap rakyat tahu semua itu," katanya.

Bagi Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, lawatan Anwar ke Amerika Syarikat lebih dilihat sebagai usaha untuk mengumpul sokongan kerana beliau dilihat benar-benar terdesak dengan pelbagai kes yang dihadapinya.

"Lawatan tu sebab dia terdesak kerana dia kini berdepan banyak masalah termasuk kes mahkamah. Sebab tu dia pergi untuk dapatkan sokongan dari negara luar, terutamanya pihak Israel. Ini jelas menunjukkan dia benar-benar terdesak," katanya.

Di BANGI, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO berkata Anwar memang terkenal dengan sifat lidah bercabang.

"Bila berjumpa orang India, dia adalah seorang pejuang masyarakat India, berjumpa orang Cina, beliau adalah hero masyarakat Cina dan bila berjumpa orang Islam, beliau adalah pejuang Islam."

"Apabila beliau berucap di Parlimen mempertikaikan pelantikan APCO Worldwide, beliau seolah-olah menjadi juara rakyat Malaysia keseluruhannya dengan mengutuk APCO sebagai penceroboh zionis," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melepaskan Ekspedisi IMalaysia ke London di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata Anwar mungkin mulai sedar beliau telah diketepikan masyarakat Yahudi yang tidak semuanya Zionis.

"Beliau menyedari rakan beliau di Amerika Syarikat telah bersikap dingin terhadap beliau kerana sikap beliau yang berlidah biawak itu dan kini langkah beliau adalah membersihkan dirinya," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketika berkunjung ke Amerika Syarikat awal Mei lalu, beliau berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli senat dan kongres dan "tidak seorang pun bercakap mengenai Anwar lagi.

"Bagi saya antara negara dengan kepentingan parti, beliau harus utamakan negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi demi negara kita harus mempertahankan negara bukan dengan memburukkan negara," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan