Pandikar Minta Menteri Pelancongan Perjelas Kos Astaka Di Shanghai

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memberi penjelasan kepada beliau berhubung jawapan yang dianggap mengelirukan mengenai kos astaka Malaysia di Ekspo Dunia di Shanghai baru-baru ini.

Perkara itu timbul apabila Teresa Kok (DAP-Seputeh) mencadangkan supaya dewan merujuk Ng kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kementerian itu memberi jawapan yang berbeza.

Pandikar Amin menjelaskan bahawa sebelum seorang anggota dewan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan, beliau perlu memastikan sekiranya jawapan itu mempunyai kenyataan yang mengelirukan dewan.

"Kita perlu pastikan betul atau tidak ada niat untuk mengelirukan dewan, tapi saya rasa dalam kes ini saya tidak rasa kementerian berniat untuk mengelirukan dewan," katanya.

Kementerian dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada 15 Jun lepas, menyatakan bahawa kos pembinaan astaka itu ialah RM35 juta, sedangkan dalam jawapan kepada usul penangguhan yang dibawakan oleh Kok semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit memberi jawapan bahawa kosnya adalah RM20 juta.

Tindakan Pandikar Amin memberi peluang kepada Ng menyebabkan Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit mempersoalkan kenapa peluang serupa tidak diberikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa syarikat Apco Worldwide mempunyai kaitan dengan konsep 1Malaysia.

"Kenapa prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Yang Berhotmat Permatang Pauh (Anwar)? Kenapa dewan ini mengamalkan double standard?" kata Azmin.

Soalan itu bagaimanapun disangkal oleh Pandikar Amin yang menjelaskan bahawa Anwar telahpun diberi peluang untuk membuat penjelasan mengenai isu kenyataannya mengenai Apco.

Tambahan lagi, bukan beliau atau mana-mana timbalannya yang membuat keputusan untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa berkenaan, kerana Dewan Rakyat sendiri yang mengambil ketetapan untuk beliau dirujuk kepada jawatankuasa itu.

Pertikaman lidah antara anggota Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan bertambah hangat selepas itu apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) melaung perkataan "binatang duduk" kepada anggota pembangkang menyebabkan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangkit dan meminta Bung Moktar yang dirujuknya pula sebagai "Kinabinatangan" supaya menarik balik kata-katanya.

Perdebatan yang berlanjutan kira-kira sejam itu kemudiannya dihentikan apabila Pandikar Amin meminta Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan